BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

yanalee :)

yanalee :)

17 July 2010

KENAPA xrogol saya??




Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki

akhlak yang bagus.


Suatu malam perempuan ini dalam

perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk

pulang. Jalan

yang diambil pula agak tersorok dan

tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,

berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa

takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan

bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi

lorong

itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak

sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon

keselamatan atas dirinya. Dia baca

ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar

Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu

bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib

baik lelaki itu buat tidak endah dan

perempuan ini selamat sampai ke

rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol

oleh seorang lelaki

yang tidak dikenali dekat lorong yang

dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin

benar lelaki kulit putih

yang dia lihat semalam adalah perogol

itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat

mengenalpasti suspek

melalui kawad cam dan selepas siasatan

dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui

lorong tersebut

walhal dia keseorangan di masa tu,

tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak

tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta

kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol

tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke

tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar

penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi

yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut

segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan

kita dan

memelihara kita. Wanita tadi

pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga

batas-batas yang ditetapkan Islam.

Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk

menjaga

hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2

orang Malaikat

memeliharanya hingga subuh. Barang siapa

yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi

pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...

semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...

sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari

kejahatan syaitan yang di rejam…….

0 comments: