BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

yanalee :)

yanalee :)

19 December 2011

antara kaca dan permata.



Kalau diberi pilihan memang semua orang akan memilih permata. Tiada siapa yang nak memilih kaca, kaca di ibaratkan sesuatu yang tak berharga kalau dibandingkan dengan permata.
Tetapi pandai ke kita menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata? Ada kalanya kita terkeliru dengan kilauannya. Lantas kita berlari mendapatkannya, risau terlepas peluang memilikinya. Kita genggamnya erat dalam tangan. Berasa bahagia kerana berjaya mendapatkan permata. Namun tanpa kita sedari, darah merah mengalir dari tangan, rupanya dalam genggaman hanya kaca pecah yang tidak bernilai. Hancur harapan kita. Ditambah pula dengan kelukaan yang dialami, kita pula yang menanggung sakitnya…
Adakalanya pula dalam genggaman kita ada sebutir permata yang kecil yang sinarnya agak suram. Kita mula merasa bosan, dan mula mencari kilauan cahaya yang datang dari pancaran serpihan kaca yang pelbagai bentuk di sekeliling kita. Kita mula mengutipnya satu persatu dengan harapan ada permata yang lebih bersinar di kalangan serpihan kaca yang berselerakkan.
Namun kerana terlalu asyik berkhayal dan mengharapkan sesuatu yang sempurna, sebutir permata yang setelah sekian lama dalam genggaman, akhirnya hilang dek kealpaan kita sendiri.


peringatan  : Bukan mudah untuk pertahankan apa yang kita dapat daripada mendapatkan sesuatu untuk dipertahankan. Adakalanya kita merasakan kita tinggi ilmunya dengan pangkat dan deretan ijazah, tetapi ada yang lebih berilmu atas kehendak Allah Taala.

Benarlah kata bijak pandai , apabila kita mdapat sesuatu, maka pd masa yg sama kita akan kehilangan sesuatu. kita x akan dapat kedua duanya pd masa yg sama. pesan bijak pandai lg, pastikan apa yg kita dpt lebih berharga drpd apa yg kita hilang.
tq.

31 October 2011

kisah dongeng semata mata


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini


Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati...

28 March 2011

muet preparation and tips.

‎*ohh MUET*

SPEAKING 6 APRIL 2011 11:00am 30 minutes
READING 16 APRIL 2011 8:00 am - 9:30 am 90 minutes
WRITING 16 APRIL 2011 10:00 am - 11:30 am 90 minutes
LISTENING 16 APRIL 2011 12:00 noon - 12:30 pm 30 minutes


takot
takot
takot

moh le kwn2, kite same2 baca n make a preparation 4 muet.
bnyk tips yg dpt dshare.

korek benda nih dr
The only things I did was read up on how to do the summary section as I always find cutting down on words the tricky part. As a former debater and public speaker, I needed no preparation for the speaking section, but only took part actively in class discussions and since I'm quite a chatterbox (and 99% of the time I converse in English, so that helps.)

As for the writing section, once again I did not prepare or look out for 'hot' topics, but I am an avid reader, having started at the tender age of 3. I devour books, finishing an average of 2-3 novels/fiction pieces a week. That helped me build a tremendous vocabulary bank and also helped me with the subtle nuances of the English language, allowing me to add flair and flavour to my writing.

As for the objective section, I got a perfect score here (135/135, I think?) by simply being careful and using every minute I had to go over the questions.

MUET Tips

The only tips I have would be :

Read as much as you can, not just for the exam, but for your own enrichment and enjoyment. This is seriously the best way to prepare yourself for MUET, as it helps you understand the finer nuances of the language and the subtle meanings and slight but critical differences in the meanings of similar words.


Speak English as much as you can. I speak English all the time (and I mean ALL the time) and this has helped me to speak clearly and confidently. Even if you're weak in it, persist at it. There is no better way to better yourself in this area than by speaking the language.


Participate in the UNSW (University of New South Wales) International Competitions for Schools, English. It is an international competition that I participate in every year, and I find it extremely useful as they give you detailed descriptions of your mistakes, how proficient or accurate you are compared to the rest of the country, and how you rank amongst the students in your country.

I've been taking part in it for 3/4 years now, and every year I rank among the top 2% of the country, getting a Distinction. I find it to be very useful as it is MUCH TOUGHER than MUET, and is great help for your objective section, although it does focus on literature and 'deeper' pieces compared to MUET.


Get involved in English based activities. I was actively involved in public speaking and debating in my secondary school, and this helped to further refine and polish my English speaking skills (plus it helps with the counter arguments during the speaking test - quick rebuttals always save the day!). Also get involved in drama as this helps you think creatively and also to express all sorts of emotio
ns/convince the audience etc..

gud luck frens..:)
n plis pray 4me.. ;p

22 March 2011

ampuankan saya mak..


dearest Hjh Zainab bt Abu Bakar,,



love them so much ;)

Di saat ibu kita tidur, cuba kita lihat matanya dan bayangkan matanya takkan terbuka untuk selamanya.Tangannya tak dapat hapuskan airmata kita. Tiada lagi nasihat yang sering kita abaikan.Bayangkan ibu kita sudah tiada.Apakah kita cukup membahagiakannya? Apakah kita pernah berfikir betapa besar pengorbanannya semenjak kita berada di dalam perutnya selama 9 bulan? Kesakitan yang dirasai ketika melahirkan kita. Bertarung nyawa ketika melahirkan kita,mati atau hidup? 50-50. Layak ke nak terasa hati dengan ibu kalau nak dibandingkan dengan pengorbanannya?

*so touched ngn article dibawah,,
sila baca.

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari..... Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, rasanya baru semalam mak peluk kita kan sejuk syahdu masih terasa lagi ini.... Mak tau tak..... itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kita dewasa..... dan itu juga terakhir kali nya. Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..... nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni..... mak macam dan sedia..... Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..... Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu..... tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..... kakak pun rasa hairan..... mak tak pernah buat begitu..... lepas itu mak pasang radio kecil di sebelah mak..... tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam..... kengkadang siaran indonesia...mak terus tekun menganyam... Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan... lepas itu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2.... lepas itu mak jemur karpet-karpet... lepas itu mak ubahkan sofa ke tempat lain.. mak biarkan ruang tu kosong.. rupanya kat situ jenazah mak diletakkan.. paling menarik sekali mak bagitahu kat mana semua duit dan barang kemas mak.. ada kat dalam almari..... ada kat dalam dalam beg..... ada kat dalam Tabung Haji.. mak cakap tak berapa cukup lagi.... ada kat dalam gulung tikar..... masa tu mak perasan takk..?? kita gelak sakan bila mak bagitahu duit dalam gulung tikar... kita kata mak ni memang pesenn lama laaa... mak cuma gelak saja... eeemmm..bahagiaa nya saat ituu.. Mak..... Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut..... bila malam tu kita sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk..... mak tetap takmau pergi hospital..... dan cuma tinggal giliran kita sahaja yang belum pujuk... Mak kata mak takmau duduk dalam hospital..... tapi kita berkeras juga pujukk.. nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak.. kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut saja.. Mak tetap tak bersetuju.....mak memang degil... tak salah, anak mak yang ni pun mengikut perangai mak tu.. Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.... mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital..... Mak..... amponkan kami semua... kami nak mak sihat... kami sayang mak... kami tak mahu mak sakit... kami terpaksa juga hantar mak ke hospital.... ampon kan kami ye mak.... Mak..... Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kita... Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kita kata nak beli kereta.... Mak asyik tanya saja..cukup ke duitt.. kita jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit... mak gelak ajerr..... Lepas tu bila kereta kita sampai..... mak buat kenduri kesyukuran..... Dan kita masih ingat lagi...bila kita eksiden terlanggar keling naik motor..... Punya la kita takut... kita warning kakak kita jangan sesekali bagitahu kat mak..... Bila balik sahaja kampong.... kita cepat-cepat simpan kereta dalam garaj..... T api mak perasan juga bumper depan kemek... mak tanya Kenapa...? Selamba saja kita jawab terlangar pokok bunga..... Mak.... tujuan kita menipu tu supaya mak tak risau... Maafkan kita kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar... mak, kita menipu mak kan...ampon kan kita.... Mak..... Jam 4.30 pagi 19/08/1999 Bila tiba saja kat hospital....nurse tengah balut mak dengan kain putih..... mak mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai hospital... Mesti mak nampak abang cium dahi mak..... Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak.... Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu... mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannn Mak tau tak.... Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kita mamandu dalam keadaan separuh sedar... Adik kat sebelah diam melayan perasann... Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... jalan di depan terasa makin kelam..... airmata dah tak mampu di tahan.... Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kita rela... Namun alhamdulillah akhirnya kita sampai juga... di sebab kan pagi masih awal,jadi jalan tu lenggang.. kosong....sekosong hati ini..... Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya..... terasa syahdu dan sayu begitu...dinginnnn.... Mak..... kita masih ingat lagi... kita baca AlQuran kat tepi mak temankan mak... Jam 11.00 pagi mak di mandi kan.... Anak2 mak yang pangku masa mak mandi.... Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak..... kita gosok kaki mak perlahan lahan..... Mak perasan tak...? Makcik yang mandikan mak tu pujuk kita..... Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat begitu...jangan nangis ya.." Bila makcik tu kata begitu... lagi laaaa laju airmata ni..tapi kita kawal supaya tak menitik atas mak.... Mak..... Sampai takat ini surat ni kita tulis..... kita nangis ni..... Ni kat dalam bilik...baru pukul 4.00 pagi.... tak ada orang yang bangun lagi..... kita dengar nasyid tajuk "anak soleh" kita sedih...kita rindu kat mak..! Takpa la.....nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kita baca yassin untuk mak... mak tunggu ya...! Mak.. Sebelum muka mak di tutup buat selamanya.... Semua anak2 mak mengelilingi mak... menatap wajah mak buatkali terakhir.... Semua orang kata mak seolah-olah senyum saja... Mak rasa tak....masa tu kita sentuh dahi mak.... kita rasa sejukkkk sangat dahi makk..... kita tak mampu nak cium mak...kita tak daya.... kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar... Airmata kita tak boleh tahan.... Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... tapi kita suruh tok imam bacakan doa sebab kita sebak.... Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah.... Akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik... badan akak terasa panas... makk...anak mak yang seorang tu demam.... Mak tauu...cuma akak seorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan... Mak..... Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi... Begitu terasa kehilangan mak... boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata... Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib... Selepas kita baca yassin dengan kawan-kawan.... entah Kenapa bila kat bilik kita keluarkan gambar2 mak lepas itu apa lagi... semakin kita tenung terasa semakin sayu... tangisan tak dapat dibendung... Mak tauu...kita cuba bertahan... memujuk diri sendiri tapi tak juga reda... kita rasa nak telefon mak... nak cakap dengan mak.... anak mak yang ni dah tak betul kan..???? Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kita telefon kampong... kita cakap dengan kakak..kita nangis lagi... Puas la kakak memujuk kita... Akak kata..." tak baik laa nangis saja..doa lah untuk mak.. nanti kalau gini saja mak yang susah kat sana.." Dan akhirnya akak juga nangis..... Agaknya mak nampak adegan tu... sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh... mengharap sedekah dari anak2 nya... Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... rasa nyilu sangat.... menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni.... Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah kita berikan..... Mak.... cukup la sampai sini dulu.... kawan kita dah ketuk pintu bilik tu.... kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid... selalunya, kita yang bawak mak naik motor kan... kali ni kita jalan kaki dengan kawan pulak... esok kita ingat nak tulis surat kat ayah pula.... Mula2 kita tak tau nak hantar mana surat ini... lepas itu kawan kita bagitahu... simpan saja buat kenangan.. kita cuma tau alamat ni saja... tak mengapa ye mak... kita kasi orang lain baca... kita stop dulu...sebab kawan kita dah lama tunggu tu... akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kita... memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. sampai masuk unibesiti.. sampai kita boleh rasa naik kapal terbang... boleh rasa duduk kat negara orang... Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kita balas.. Sekian terima kasih. - sayangilah ibu anda selagi anda berpeluang menyayanginya. bahagiakan lah ibu anda sehingga ke akhir hayatnya sebagaimana ibu anda membahagiakan anda sejak kecil hingga dewasa sesungguhnya, syurga berada di tapak kaki ibu..

*copy paste dari iluvislam.

Allah berfirman yang maksud-Nya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
*by utusan malaysia.



p/s:
mum, sorry 4every single thing dat ive done wrong 2 YOU..
ampunkan saya mak..
now i realized dat i cant liv w/o u ;(
sorry
for
everything.
**
i
love
you
so
much,
*MUM*

21 March 2011

faveret channel kat ASTRO..

channel 703.







bnyk lg hok sedap2,,
kalu xcayo try tgk 703.
heee...

tmbh2 ari jumaat tyme laki g smayg jumaat,,
syok la lyn channel nih kalu xdop org kaca..

tapi paling lah serabut kalu ade budok yg brehi tuka2 channel
*611,
612,
613
...... n bnyk lg.

*tom n jerry best jgk kalu nok wat hilang stress..
zzzzlayannnnnzz..