BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

yanalee :)

yanalee :)

21 March 2011

harta paling indah...




so far,,,
inilah harta paling indah saya:

my family, esp umie n ayah,,
i'm rely2 luv them even slalu touching ngn MEREKA.
sbb,,,
mereka adalah harta dunia akhirat saya..

ni tyme wedding kakngah,, 5th march 2011.
~d latest of fmily pict.


ni pulak buddy sis saya;)
we r always 2gther,,
shared anything..
bergossip,
n macam2 lg.


next,,
saya sayang 'flower lap' saya...
saya sayang broadband saya....



next,,

saya sayang jam tangan saya..
ini hadiah taw.. hehe;)
kalau bkn sbb hadiah, xmampu den nak membolinye..
;p


n d last one is,,,,,
d sony camera dgtal..
snap picture.
snap pictures,
snap picturess..
;)




tp lagi suke kalau dpt DSLR..




hehe,,
i wish i'll get one SOMEDAY, insyaALLAH.

ohya,, lg 1,, handphone..
but sy xde lah suke+gemar sgt handphone neh,
skadar untuk call saje.
seriously,, paling2 xsuke berSMS-ing..
dah puas berSMS tyme skola dlu..
skrg nih, hndphone juz for
*make a call
*accept a call
n sumtimes berfacebook,
i love my buah hati,

*maxis postpaid
*celcom postpaid.
dats all..
:)

perkara paling kotor yg saya TAK suka..

today is 21st march 11,,
skrg dah pun waktu senja,, baru abes cls,
tyme lecture td asyik pkir psl blog je,, tak tahu lah knape.

myb sbb da lame xupdate.
i've a lot of story 2tell u lah.

ni nak share psl bnde yg sy xsuke dlm dunia neh,,

u all nak taw x,, in our life kan, kite dkelilingi bnyk bende kotor..
and d 1st thing dat i rely2 dunlikeee is ..


TOMBOL PINTU.

sy pling xsuke tombol pintu kat toilet..
even kite nmpk benda neh cantek, cute ke kn,, but its still ktor u noe.
bnyk kuman yg kite xnmpk ade kat area tombol tuh.. kite ni maek pegang je kan..
as usual,, org pertama n terakhir yg nak masuk o kelua dr ruangan adlh org yg kerap bsentuhan ngn tombol pintu..
bakteria sgt sng idup kat area yg bnyk o slalu dsentuh oleh ramai org.
according to saintis, dlm every inci tombol pintu ade dlm 217 bakteria yg slalu berpindah hand by hand.

ade bnda yg lagi menarik n aneh dr tombol tuh...


bnde nih pon kotor jgk,, tp smua org suke duet..
"duet duet, kemana kau duet"
smua org sayang n nak kan duet,, tapi psti xkan ade yg suke ngn bakteria yg ade kat duet tuh.


"Menurut Dr Darlington dari the Health Commissioner of New York, sekitar
135.000 bakteri ada pada uang, terutama uang kertas".

hah, ni pon kotor jgk,,


tmbah2 lg kalu guna kat cyber cafe...
mkin rmai org gune keyboard nih, mkin bnyk lah bakteria yg korang akan dpt:)
OLEH YG DEMIKIAN,, kite kne lah slalu bersihkan keyboard kite ngn cleaning liquid untuk lappy tuh..


hah,,ni hndphone saye neh,.
ni pon kotor jgk. handphone ni xlepas dr kegunaan harian kite.


u all nak taw x,handphone ni mngandungi bakteria hidup 18kali lebih byk dr tombol pintu toilet..
Walaupun benda nie kecik tapi memang kita selalo gunakan. Telepon tu kita bawak kemana mana tanpa disedari kita biarkan terdedah ntah kita pun tak tahu mana dan apa yang ada. Sama jugaklah remote TV kn. Sambil makan nak tukar rancangan TV kita pegang hujung jari tapi kita tak sedar walaupun sikit lama lama kuman tu tetap membiak dan membahayakan kesihatan kita juga.


n d last one is,,,

Sink didapur.



Hah ni peringatan untuk sy jugak, kuman2 memang senang terperangkap dikawasan sink terutama sekali span basuh pinggan, papan pemotong.. so, rajin2 lah kemas dapur anda..:)
dats y i rely2 lov my kitchen:)
muah3.

wassalam.


26 July 2010

kek coklat kukus;)



salam kawan2,,
im fasting today n,,
yesterday, ana buat kek coklat.
resepi family, turun temurun.:)



nyum3...


hasilnya:








~before topping~


after topping;)


untuk tempahan, hubungi saya..
=)

18 July 2010

IBU seorang penipu...

Pada suatu pagi yang hening dan tenang, tika burung sedang berkicau, aku baru saja bersiap untuk pergi ke sekolah. Aku kelihatan begitu segak sekali. Keluar saja aku dari bilik, ibu sudah menghidangkan sarapan di ruang makan. Aku memandang ibu ku sambil tersenyum, dan ibu membalas kembali senyumanku itu. Lalu ibu memanggil ku untuk bersarapan. Ubi rebus yang ibu hidangkan begitu sedap bila dicecah dengan sambal.


Aku memandang ibu lalu bertanya, "Ibu mengapa tidak makan sekali?"



"Ibu sudah makan tadi nak, sewaktu kau sedang bersiap," sambil terukir senyuman di wajah ibu.


Namun, aku tahu ibu sedang menipuku, dia masih belum bersarapan. Kami hanya tinggal dua beranak saja, ayah telah lama meninggalkan kami berdua. Ibulah yang mencari nafkah dan membesarkan aku selama ini.



Pulangnya aku dari sekolah pada tengah hari, aku terus makan. Ibu pula masih di pasar menjual sayur, dan hanya pulang pada jam dua petang. Ibu kelihatan begitu penat sekali apabila dia pulang, dan terus masuk ke bilik. Aku mulai pelik, ibu selalunya tidak begitu, selalunya dia pasti akan berbual dengan ku terlebih dahulu. Bertambah pelik lagi, ibu tidak keluar-keluar lagi dari biliknya dari pukul dua hinggalah ke pukul enam petang. Aku nekad, aku terus masuk ke bilik ibu. Aku melihat ibu sedang terlantar di dalam bilik. Ya Allah, apa yang sedang berlaku ini. Aku memegang dahi ibu, dahinya sungguh panas. Barangkali ibu demam.



"Ibu, kita pergi jumpa doktor ya, ibu demam ni."


Ibu sekadar menggelengkan kepalanya lalu berkata "Tak mengapa nak, esok lusa elok lah demamnya, lagipun bukannya teruk sangat demam ibu ni."


Sekali lagi aku ditipu oleh ibu. Kenapa ibu suka sangat menipu aku. Dahinya sungguh panas tadi. Aku tahu yang ibu tidak mahu membazirkan duit kerana ingin menampung kos aku untuk ke sekolah, sehingga tidak mahu berjumpa doktor.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kini aku telah dewasa dan berkerjaya. Seperti kebanyakan orang, aku terlalu sibuk sehingga tidak sempat menelefon ibu untuk bertanya khabar, apatah lagi menjenguknya di kampung. Suatu hari, aku berkesempatan jua menelefon ibu untuk bertanya khabar.


"Assalamualaikum ibu. Ibu sihat? Dah makan ibu? Duit belanja cukup tak?"



Ibu membalas sambil terbatuk-batuk, "Waalaikumsalam. Ibu batuk sikit saja ni, esok lusa baiklah. Duit yang kau kirimkan bulan lepas pun tak habis diguna lagi, banyak lagi."


Mendengarkan suara ibu yang terbatuk-batuk itu, aku mula rasa tidak sedap hati. Namunapakan daya, aku hanya mampu berdoa pada yang Esa supaya ibu diberi nikmat kesihatan. Keesokan harinya, aku menerima panggilan dari Mak Piah, jiran dan rakan karib ibu di kampung. Tiba-tiba jantung aku berdebar-debar, aku bertanya kepada Mak Piah,


"Ada apa Mak Piah telefon ni?"


Aku sungguh terkejut mendengar jawapan dari Mak Piah sehingga jatuh terjelupuk ke lantai.

"Ibu telah meninggal dunia..."

Patutlah semalam aku risau tatkala mendengar ibu terbatuk-batuk. Mak Piah memberitahu sudah masuk dua bulan ibu menghidap batuk kering. Ibu sering batuk berdarah tetapi tidak mahu ke hospital, ibu tidak menggunakan duit yang aku kirim untuk berbelanja, sebaliknya duit itu dia gunakan untuk membeli tanah di hujung kampung untukku, ibu hanya makan apa yang ditanamnya di kebun. Pada saat ini aku masih terfikir, mengapa ibu sering menipu aku walau ajal hampir kepadanya?



Kini, setelah ibu pergi untuk selamanya barulah aku tahu mengapa ibu sering menipu aku. Itu pun setelah aku bertanya kepada Mak Piah. Mak Piah memberitahu, naluri seorang ibu ini berlainan, ibu sanggup menahan lapar dan sakit demi untuk anaknya. Aku sungguh sedih, lantas bercucuran air mataku jatuh ke bumi. Aku sungguh terharu dengan pengorbanan ibu selama ini kepadaku. Ya-Allah, kau tempatkanlah ibuku di kalangan hamba-hamba-Mu yang solehah. Amin...



K.a.s.i.h TUHAN


Sebuah kitab menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bertanya kepada Iblis, " Wahai Iblis laknatullah, apakah ikhtiar kamu sekarang keatas umatku, sebab aku telah dibangkitkan untuk meneyelamatkan bani Adam daripada kafir kepada beriman kepada Allah S.W.T..."

" Syaitan mahu menyesatkan manusia sejauh-jauh kesesatan."
Surah An-Nisa:60

Iblis mengangkat kepalanya ke hadrat Allah S.W.T, lalu berkata, " Ya Rabbi! Demi kemulian-Mu, aku akan sentiasa bersungguh-sungguh untuk menarik anak Adam melakukan kerja-kerja maksiat selagi mereka masih bernafas, dan hamba akan mencampurkan lelaki dan wanita bercampur gaul secara bebas supaya hamba mencelah di dalamnya."

Kemudian turun firman Allah yang bermaksud, " Hai Mala'un, demi kebesaran-Ku! Bahawasanya Aku akan sentiasa sedia mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka meminta ampun kepada-Ku."

Rasulullah S.A.W bertanya pula, " Wahai Iblis laknat, apa lagi yang engkau musykilkan?" Iblis lalu menjawab, " YA Rasulullah S.A.W, sebenarnya hamba hairan dengan perangai umatmu dalam dua perkara:
1) Mereka mengaku mencintai Allah S.W.T padahal mereka itu taat kepadaku dengan melakukan maksiat,
2) Mereka sangat marah kepadaku, tetapi mereka sentiasa menurut segala hasutanku."

Allah S.W.T berfirman, " Hai Mala'un! Demi kemulian-Ku dan Kebesaran-Ku, sesungguhnya umat Muhammad itu dua kebahagian:
1) Kasih mereka itu kepada-Ku maka Aku jadikan kafarah (penebus dosa) bagi maksiat yang telah mereka lakukan kerana pendayaan kamu,
2) Marah mereka kepada kamu Aku jadikan kafarah bagi maksiat yang mereka lakukan kepada-Ku."



abda Rasulullah S.A.W, maksudnya, " Selalulah kamu ucapkan La Ilaha Illallah dan beristighfar kepada Allah S.W.T dan banyakkanlah kamu menyebut keduanya itu kerana Iblis berkata, " Aku binasakan manusia dengan noda dan dosa dan aku pula dibinasakan oleh manusia dengan La Ilaha Illallah dan istighfar."
Riwayat Abu YA'ala r.a

copy from : Rasailul Ashwaq



Ya Allah,,
gantungkan azam & semangatku setinggi bintang di langit
dan rendahkan hatiku serendah mutiara di lautan.

17 July 2010

KENAPA xrogol saya??




Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki

akhlak yang bagus.


Suatu malam perempuan ini dalam

perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk

pulang. Jalan

yang diambil pula agak tersorok dan

tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,

berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa

takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan

bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi

lorong

itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak

sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon

keselamatan atas dirinya. Dia baca

ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar

Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu

bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib

baik lelaki itu buat tidak endah dan

perempuan ini selamat sampai ke

rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol

oleh seorang lelaki

yang tidak dikenali dekat lorong yang

dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin

benar lelaki kulit putih

yang dia lihat semalam adalah perogol

itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat

mengenalpasti suspek

melalui kawad cam dan selepas siasatan

dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui

lorong tersebut

walhal dia keseorangan di masa tu,

tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak

tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta

kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol

tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke

tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar

penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi

yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut

segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan

kita dan

memelihara kita. Wanita tadi

pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga

batas-batas yang ditetapkan Islam.

Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk

menjaga

hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2

orang Malaikat

memeliharanya hingga subuh. Barang siapa

yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi

pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...

semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...

sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari

kejahatan syaitan yang di rejam…….