BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

yanalee :)

yanalee :)

19 December 2011

antara kaca dan permata.



Kalau diberi pilihan memang semua orang akan memilih permata. Tiada siapa yang nak memilih kaca, kaca di ibaratkan sesuatu yang tak berharga kalau dibandingkan dengan permata.
Tetapi pandai ke kita menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata? Ada kalanya kita terkeliru dengan kilauannya. Lantas kita berlari mendapatkannya, risau terlepas peluang memilikinya. Kita genggamnya erat dalam tangan. Berasa bahagia kerana berjaya mendapatkan permata. Namun tanpa kita sedari, darah merah mengalir dari tangan, rupanya dalam genggaman hanya kaca pecah yang tidak bernilai. Hancur harapan kita. Ditambah pula dengan kelukaan yang dialami, kita pula yang menanggung sakitnya…
Adakalanya pula dalam genggaman kita ada sebutir permata yang kecil yang sinarnya agak suram. Kita mula merasa bosan, dan mula mencari kilauan cahaya yang datang dari pancaran serpihan kaca yang pelbagai bentuk di sekeliling kita. Kita mula mengutipnya satu persatu dengan harapan ada permata yang lebih bersinar di kalangan serpihan kaca yang berselerakkan.
Namun kerana terlalu asyik berkhayal dan mengharapkan sesuatu yang sempurna, sebutir permata yang setelah sekian lama dalam genggaman, akhirnya hilang dek kealpaan kita sendiri.


peringatan  : Bukan mudah untuk pertahankan apa yang kita dapat daripada mendapatkan sesuatu untuk dipertahankan. Adakalanya kita merasakan kita tinggi ilmunya dengan pangkat dan deretan ijazah, tetapi ada yang lebih berilmu atas kehendak Allah Taala.

Benarlah kata bijak pandai , apabila kita mdapat sesuatu, maka pd masa yg sama kita akan kehilangan sesuatu. kita x akan dapat kedua duanya pd masa yg sama. pesan bijak pandai lg, pastikan apa yg kita dpt lebih berharga drpd apa yg kita hilang.
tq.

0 comments: